Sunday 12 May 2013

Sekali lagi, nah kami di facebook sekarang. Selamat mengelike ye.

https://www.facebook.com/KiasuBerhad
Kadang-kadang, kalau kami dah penat buat kerja, kami pergi hiking. Cari inspirasi untuk jus nangka kami.

KORDIAL JUS NANGKA

Nampaknya syarikat kami, KIASU Berhad sudah melangkah setapak ke hadapan. Produk kami hampir menjadi kenyataan. Jika dilihat kepada gambar di atas, produk kami sedang mengalami proses pengujian dan masih di dalam perbincangan di antara kami dan juga pihak atasan. Diharap produk kami akan menjadi suatu produk kebanggan rakyat Malaysia dan seterusnya kekal di ingatan semua rakyat di Malaysia seterusnya menjadi seperti sebutan ramai. Bak nama blog kami Ingat Jus nangka kami, ingat nangka di hati.
Keratan akhbar di atas menunjukkan gambar seorang penyelidik dalam bidang pertanian. Beliau ialah Dr. Zul  yang memperkenalkan Nangka Madu Mastura yang boleh mencapai sehingga berbelas kilo. Beliau yang mendapat dana daripada kerajaan telah memperkenalkan MASTURA atas nama, buah nangka yang keemasan dan tanaman untuk rakyat. Setakat itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari.

Buah Nangka ,
Buah Rambutan,
Sekali rasa,
Kekal di ingatan.
Ya ya ya. Mungkin nama blog ini saja sudah cukup membuatkan anda terliur untuk mencuba produk kami yang terbaik dari Malaysia. Jus Nangka yang rasanya memikat hati dan terus melekat di hati dan mungkin di situlah tercetus untuk anda semua, AH! sedapnya nangkadihati. Ok, selamat membaca dan mencuba.